Thursday 29 May 2014

A prince was born.

Assalamualaikum.

Tanggal 29 Januari 2014, on 7.12pm my beloved prince was born.
Setelah dua hari menahan sakit, finally Allah granted me with this lovely cutie pie.
Syukur Ya Allah atas nikmatMu. Each of us (mommies only..hehe..) went thru diff experiences for the first time being a mom. And here's my story...

Pecah Ketuban.
28hb Jan 2014.
7.00am.

Teringin giler kau nak makan nasik lemak. Sambil dok atas kerusi tu dok borak ngan mak.

Me : "Mak, pagi ni kat market tu ade juai nasik lemak ke?"
Mak : "Ada dah la kot"
Me : " Nak pi tengok lah"

Angkat montot dari kerusi. Bangun. Suddenly...
(Dalam hati)
Apehal suam je rasa kaki.
Eh terkencing ke ni??
Eh kenapa banyak sangat air kencing ni??
Ish ni pecah ketuban kot ni.

Me : "Mak! air ketuban pecah ni"
Mak : "Eh pi cepat salin pakai kain batik. Sat nak panggil husband akak.. "

Mak kejutkan adik minta temankan pegi hospital. Husband pun melompat dengan paniknya,
Dan cerita pun bemula...

Awal-awal tu ok lagi la. Contraction tak kerap. Datang dua jam sekali kadang 3 jam 2 kali camtu.
But on 10pm i can feel the contraction getting to start continuously.
3 kali dalam masa 15 minit. Makin sakit.
So inform kat staf nurse tu then dalam pukul 12.00am camtu doctor datang check bukaan.
1cm! Pagi tadi masuk wad pun 1cm.
Ya Allah permudahkanlah! Maka berlarutanlah rasa sakit ni sampai keesokannya.

29hb Jan 2014
6.00 pagi

Bangun untuk solat.
Mandi air panas. Rasa selesa sikit.
Lepas solat jamah roti sekeping dengan air soya sejuk.
Message my husband ask him for a soya sejuk.
Teringin betul waktu tu. Dapat lah minum.
Dalam 6.30-6.45am, doktor datang lagi sekali check bukaan.
Still 1cm.

Nurse : "Puan makan dulu then ready baju baby and selimut dalam beg plastik. 
             Pas makan nanti dalam pukul 7am kitorang bawak puan masuk labor room.
             Puan kena induce ya"
Me : *nothing to say*

Induce salah satu perkara yang memang kalau boleh nak elak.
Sebab orang cakap sakit.
Tapi ape kan daya. Dah tertulis.

And the procedure begin..

Labor room.
Lebih kurang pukul 8.00am - 8.30am macam tu I dah kena induce
Really nervous that time plus afraid.
Jam demi jam silih berganti, Selang beberapa jam diorang check bukaan.
Dalam jam 2.00 pm macam tu bukaan masih 1-2cm.
Baru la rasa susahnya nak bersalin.
Pukul 3.00 I dah start meraung nak suruh stop induce and ask for c-zer.
But the docs said , tak boleh. Kena try normal jugak.
2 kali amik ubat tahan sakit. Habis je ubat tahan sakit start meraung balik.
Then diorang cakap blh tunggu tak sampai pukul 6pm.
If yes, kalau bukaan still takde progress then we will go for c-zer.

6.00pm.
Bukaan masih lagi sama. So they decide to c-zer.
Tanggal itu , tanggal ini. Diusung lah I ke OT.
That time memang double takut. Berserah pada Allah sahaja.
Moga aku dikurniakan umur yang panjang.

Lepas kena bius memang tak rasa ape dah la.
Rasa kaki macam kena cuit.
Layer by layer kena toreh, finally nampak hitam-hitam berbulu.
Kepala baby lah tu. Excited!!
Then i couldn't remember much.
Yang I ingat nurse datang tunjuk baby and ask me a question

Nurse : "Puan, anak apa ni puan?"
Me : "Anak lelaki."

Pastu I mula merepek ape ntah. Sedar-sedar diorang dah bawak ke wad.
And my sweet baby is next to me!
Thanks to my beloved husband sebab 2 hari bersengkang mata teman mummy.
And not to forget my family too.
Ahhhhh~ I'm in love. That time I smiled like a girl falling in love.
Jatuh cinta dengan budak ni.

Presented my baby.. Jeng! jeng!

We decided to named him as Anaqi Uqail.
Anaqi membawa maksud keindahanku
Uqail pulak bermaksud yang berakal.

Semoga anak mummy jadi anak soleh. Anak yang baik untuk mummy and daddy.
Berguna untuk semua; agama , bangsa dan negara.

Itulah serba panjang (nak kata serba sedikit macam tak betul je) kisahnya.
Pada anda yang bergelar mummy; tak kira 1st time, 2nd time or 3rd time ataupun lebih.
Marilah share pengalaman ibu-ibu sekelian. Pengalaman pasti berbeza-beza.

Thanks for reading.


Welcome readers!

Assalamualaikum.

Sajer create blog ni sebab nak abadikan kisah kami.
Kisah Anaqi dan mommy.
Yang sudi baca terima kasih.

Thanks. Bye.